Sulit
2 tahun
Saya kene demam denggi tp taknak ke hospital
Saya lelaki dan terkene demam denggi 3 hari yang lepas. Tapi saya taknak pergi hospital sebab saya rasa semakin hari semakin baik…cuma waktu subuh je tetiba kepala sakit…lepas dh mandi panas makin hilang…saya kesan denggi ni pon di klinik berbayar jadi dia buat surat untuk saya bawak ke hospital. Sekarang ni perlu atau tak saya ke hospital. Satu lagi berdasarkan sample darah semalam darah saya semua normal kecuali platelete je 130. Tolong saya doctor
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, jumlah platelet anda rendah daripada julat biasa. Apabila jumlah platelet rendah, anda akan berisiko untuk lebam dan berdarah secara berlebihan.
Kami perlukan maklumat yang lebih tentang keadaan anda sebelum memberi nasihat yang selanjutnya. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut jika tidak selesa untuk pergi ke hospital.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.