Sulit
3 tahun
1 family demam tapi bukan kontak rapat convid 19 adakah kami perlu menjalani swab test
Mula2 demam anak yang no 3, selepas suami, selepas anak no 2 sekarang saya pula rasa macam nak demam… Anak no 3 dan suami dah lega dari demam
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa gejala akibat covid 19. Antaranya adalah:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Kelelahan
- Hilang deria rasa dan bau
Gejala yang tidak sering:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit sendi
- Cirit-birit
- Ruam pada kulit
- Mata menjadi pedih dan merah
Gejala yang serius:
- Kesukaran bernafas
- Tidak boleh bercakap dan bergerak atau bingung
- Sakit dada
Berdasarkan kepada pernyataan anda di atas, keluarga anda mengalami demam biasa. Namun jika ada ahli keluarga anda yang mengalami gejala seperti di atas, saya menasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!