Sulit
3 tahun
Kerap demam selepas full dose vaksin az
MAK SAYA SELEPAS FULL DOSE VAKSIN SELALU DEMAM MALAM DAH LEBIH SEBULAN DEMAM MALAM
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai mak anda yang sering mengalami demam pada waktu malam selepas mengambil vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala demam adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain vaksin. Demam yang berpanjangan sememangnya merisaukan dan perlu disiasat puncanya.
Secara amnya, demam boleh berpunca daripada :
- Jangkitan kuman sama ada virus, bakteria ataupun fungi dalam badan
- Inflamasi dalam badan seperti radang sendi, radang usus dan radang paru-paru
- Dihidrasi
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Penyakit autoimun
Kami menasihatkan anda untuk merujuk emak anda kepada doktor supaya punca demam beliau dapat dikenal pasti dan dirawart. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.