arissanatasha12
2 tahun
Anak demam unur 2 tahun
Anak demam 2 hari . Suhu 18 may 38.9 petang . 39.3 malam . Pagi 19 may suhu 40.1c . Semalam dah pergi hospital dah bagi supp . Pagi ni suhu naik jgk . Dah bagi supp jugam. Ape perlu buat lagi ye? 1 malam bogel . Lap dengan kain basah …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sebab-sebab demam dalam seseorang kanak-kanak termasuklah:
- Jangkitan dengan virus ataupun bakteria yang boleh menjejaskan saluran pernafasan, saluran kencing atau usus
- Reaksi alahan contohnya terhadap vaksin atau ubat-ubat tertentu
- Penyakit autoimun seperti juvenile rheumatoid arthritis, Henoch-Schonlein purpura
dan rheumatic fever - Penyakit Kawasaki
- Kanser seperti limfoma, leukemia, dan kanser yang melibatkan sistem neurologi atau tulang
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.