Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian paru2 bila kecikkan paru2 dan demam
Saya mula mengamalkan gaya hidup sihat sejak pertengahan bulan julai. Berlari dan sebagainya. Saya lelaki berumur 21 tahunBaru2 ini . Saya berasa kurang selesa di bahagian paru2 saya. Terasa sakit apabila mengecilkan paru2 atau menghembus nafas panjang. Saya juga berasa badan seperti demam cuma tidak terlalu panas badan. Saya tidak ad masalah batuk atau sakit kepala langsung.hanya tidak selesa di bahagian paru2 dan demam Apa yang perlu saya buat?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, demam dan sakit dada apabila hembus nafas panjang, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan
- Kecederaan atau keradangan otot dada atau tulang rusuk
- Keradangan paru-paru
- Penyakit gastrik
- Keradangan esofagus
- Keradangan saluran gastrousus bahagian atas
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Oleh itu, penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan kami.