Sulit
2 tahun
Benjolan di ketiak, demam setiap malam , sakit sendi , sengal kepala dibahagian kiri merebak ke mata, telinga dan lain lain
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya sudah demam selama 1 minggu lebih pada setiap malam dengan suhu yang tinggi dan batuk yang kuat. Selain itu, kepala juga berasa sengal di bahagian sebelah kiri dan merebak ke telinga dan senak ke dua dua belah mata. Badan saya jugak berasa lenguh lenguh dan cepat letih. Saya juga mengalami benjolan di ketiak sebelah kanan dan dan agak sakit. Saya jugak tidak lalu makan sekiranya saya makan , saya akan berasa loya dan muntah. Bibir saya juga cepat kering dan merekah. Kadang kadang gusi saya juga ada ketulan bengkak. Tekak selalu kering dan lidah berasa pahit dan berwarna putih. Sengal di bahagian pinggang kadang kadang berlaku juga.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsilitis (Keradangan tonsil) yang boleh disebabkan jangkitan virus atau bakteria
- Jangkitan virus yang lain seperti Infectious mononucleosis (demam kelenjar)
- Pembentukan abses dari jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.