Sulit
3 tahun
Demam panas on off pagi panas tengahari normal petang akan panas balik dan di tengah malam
saya remaja berumur 15 tahun , saya sudah demam sejak isnin minggu lepas sehingga harini demam saya on off sekejap panas sekejap okay, saya demam sejak telinga saya sakit kerana ada fungus dan diberi antibiotik , doktor cakap saya demam biasa dan darah normal tetapi demam saya tidak surut sehingga hari ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah demam akibat jangkitan fungus dan berasa risau kerana demam masih belum berkurang walaupun telah mengambil antibiotik. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Sebagai pengetahuan, demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut), jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.
Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
Penyebab Demam:
- Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
- Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
- Demam malaria/denggi/HIV
- Penyakit sendi
- Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
- Barah/Kanser
Anda perlu mengambil ubat antibiotik yang telah diberi mengikut saranan doktor kerana demam akan pulih jika jangkitan fungus anda telah dirawat dengan berkesan.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.