
Sulit
4 tahun
Berak berdarah tapi tidak sakit
Saya berumur 20-an mengalami berak berdarah sudah 2 Kali. Kali pertama dua Hari yg lepas. Saya tak merasakan sebarang kesakitan semasa meneran Dan tidak sakit Di bahagian dubur selepas habis berak. Najis saya bercampur yang berketul dan yang lembut. Darah tersebut seakan bercampur dgn najis Dan terdapat garis-garis darah pada najis. Darah keluar ketika saya meneran dan ketika tidak meneran, darah tersebut Masih keluar menitis-menitis. Kuantiti darah yang keluar lebih kurang setengah gelas dan berwarna merah terang. Adakah saya buasir atau ada penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh buasir. Akan tetapi, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan yang tepat. Saya tidak menolak kemungkinan lain untuk masalah anda. Antaranya adalah:
Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
Rectal ulser
Masalah pendarahan
Kanser usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.