Sulit
4 tahun
Beza tekanan darah dan kurang darah
hi doktor…saya ad soalan…adik saya telah di masukkan ke hospital pada 3 hari lepas kerana denggi dan keadaannya sekarang semakin pulih…adik saya tidak dibenarkan untuk discaj dari hospital kerana bacaan darah dia tidak cukup 200…semalam doktor periksa bacaan darah dia dalam 123,dan baru tadi doktor periksa bacaan dalam 103…boleh saya tau tak doktor…kenapa bacaan darah dia turun ye…dan bacaan darah tu tekanan darah rendah ke…ada beza ke antara tekanan darah rendah atau kurang darah…terima kasih doktor
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan.
Saya fahami kebimbangan pihak anda yang adik anda dimasukkan ke hospital kerana denggi dan anda berminat untuk mengetahui tentang bacaan tekanan darahnya. Tahniah diucapkan kerana dia sedang pulih.
Apabila jantung anda berdenyut, darah dipam ke dalam rangkaian saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Tekanan darah (blood pressure – BP) dihasilkan apabila daya terjadi daripada penekanan darah pada dinding arteri (sejeni saluran darah). Apabila tekanan darah kurang daripada julat yang selamat, ia dikenali sebagai tekanan darah rendah, atau hipotensi.
Pelbagai jenis hipotensi ini mempunyai sebab-sebab yang berbeza.
Hipotensi ortostatik
Terdapat beberapa sebab kenapa jenis hipotensi ini berlaku.
- Nyahhidrasi
Ianya berlaku bila badan kehilangan air lebih dari yang diambil seperti berpeluh berlebihan semasa aktiviti fizikal, demam, muntah dan cirit-birit - Keadaan panas atau tidak bergerak untuk beberapa ketika yang lama
- Ubat-ubatan
Setengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik. Ubat-ubatan ini termasuk:
- Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung:
- Diuretics atau ubat kencing
- Calcium channel blockers
- Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors
- Angiotensin II receptor blockers
- Nitrates
- Beta blockers
- Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan, kemurungan, mati pucuk dan gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson)
- Bahan-bahan lain
Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil dengan ubat tekanan darah tinggi - Hipotensi selepas makan (postprandial hypotension)
Hipotensi ‘postprandial’ ini akan terjadi selepas makan
Hipotensi ‘Neurally Mediated’ (NMH)
NMH biasa berlaku di dalam keadaan berikut:
- berdiri untuk masa yang lama
- kesakitan atau ketakutan yang amat sangat
Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’
‘Hypotensive shock’ adalah satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan dengan segera. Hypotensive shock terdiri daripada:
- ‘Septic shock’
Ia boleh berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan membawa kepada penurunan tekanan darah. - Hypovolemic shock
Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:
- Pendarahan luaran yang teruk (contohnya dari luka parah atau cedera)
- Pendarahan dalaman yang teruk (contohnya dari pembuluh darah yang pecah atau luka yang menyebabkan pendarahan dalam badan)
- Kehilangan cecair badan dari luka terbakar yang teruk
- Keradangan kelenjar pankreas yang teruk (organ yang menghasilkan enzim dan hormon seperti insulin)
- Cirit-birit yang teruk
- Penyakit buah pinggang yang teruk
- Terlalu sering menggunakan diuretik
- ‘Cardiogenic shock’
Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur) - ‘Vasodilatory shock’
Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (‘vasodilatation’) sehingga menurunkan tekanan darah. Hal ini terjadi kerana :
- Kecederaan kepala yang teruk
- Tindak balas kepada ubat-ubatan tertentu
- Kegagalan hati
- Keracunan
- Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock)
Amalan yang disyorkan untuk mengurangkan terjadinya keadaan hipotensi:
- Minum banyak air sekiranya nyahhidrasi
- Menghadkan pengambilan alkohol
- Berdiri dengan perlahan
- Jangan silang kaki semasa duduk
- Elakkan berdiri terlampau lama pada satu tempat
- Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor
- Kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya anda selalu pening selepas makan
Jadi untuk menjawab soalan anda, adik anda berkemungkinan bacaan tekanan darahnya rendah kerana dia baru sahaja mengalami jangkitan dan demam denggi. Badannya sedang dalam fasa pemulihan. Kurang darah boleh menjadi penyebab tekanan darah yang rendah. Namun, terdapat juga sebab lain yang boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Untuk mengetahui punca masalah yang adik anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.