nisaa
5 tahun
Tekanan darah rendah ni sebab kanser ke?
Doktor, tekanan darah rendah ni sebab kanser ke?
5 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Pernahkan anda menjalani sebarang ujian untuk penyakit tersebut? Adakah anda mengalami simptom yang lain seperti muntah darah atau pendarahan semasa membuang air besar?
Sekiranya masalah anda adalah hanyalah tekanan darah yang rendah, maka anda berkemungkinan mempunyai sel darah merah yang kurang. Kekurangan sel darah merah boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin seperti:
- Folate
- Zat besi
- Vitamin C
- Vitamin B12
Anda haruslah memakan makanan yang berkhasiat untuk meningkatkan sel darah merah seperti:
- Sayur- sayuran
- Buah- buahan
- Makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi seperti makanan daging merah (daging lembu atau kambing), ikan serta kerang.
Selain kekurangan sel darah merah, masalah tiroid juga boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah. Masalah ini boleh dirawat dengan ubat seperti levothyroxine.
Dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor untuk mengenal pasti punca masalah anda.
5 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Tekanan darah rendah biasanya didefinisikan sebagai tekanan darah di bawah bacaan normal, biasanya di bawah 120/80 mmHg.
Terdapat tiga jenis tekanan darah rendah iaitu:
- Ortostatik
- Neural
- ‘Shock’
Hipotensi ortostatik biasanya disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Mengandung
- Masalah jantung
- Anaemia
- Jangkitan kuman
Ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan masalah ini. Hipotensi neural pula berlaku apabila otak dan jantung tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
Hipotensi disebabkan ‘shock’ pula adalah tanda klinikal utama apabila seseorang mempunyai sepsis atau jangkitan kuman yang teruk ataupun pendarahan yang berlebihan.
Secara ringkasnya, kanser tidak akan menyebabkan tekanan darah rendah secara langsung. Tekanan rendah berlaku sebagai tindak balas seseorang terhadap rawatan kanser seperti kemoterapi ataupun disebabkan oleh anaemia disebabkan oleh kanser tersebut.
Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah anda.