Sulit
2 tahun
Selalu mengalami hypo apabila mengambil minuman manis
Saya berumur 39 tahun. Saya kerap mengalami hypo. Jika sarapan pagi saya minuman minuman manis, waktu nak dekat lunch saya akan mengalami hypo. Bila hyp datang, saya perlu makan benda yang manis. Tetapi jika waktu sarapan pagi saya tidak mengambil minuman manis, hypo tidak terjadi.
Sejarah kesihatan saya, saya mempunyai tekanan darah rendah. Saya pernah beberapa kali bertanyakan kepada doktor, tapi tiada jawapan daripada doktor atau tindakan yang dilakukan. Ujian darah untuk kencing manis, darah tinggi dan kolestrol, semuanya OK.
Pada pendapat doktor, kenapa saya mengalami gejala tersebut dan apa tindakan yang perlu saya lakukan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tekanan darah rendah adalah hipotensi dimana ketika bacaan tekanan darah rendah dari bacaan normal. Dalam konteks klinikal, bacaan tekanan yang normal adalah bawah 120/80 mmHg. Namun jika ia mencecah 90/60mmHg , keadaan ini boleh dikenali sebagai hipotensi. Secara amnya bacaan tekanan darah rendah, normal dan tinggi;
- Hipotensi - tekanan darah bawah 90/60mmHg
- Normal - tekanan darah bawah 120/80mmHg
- Hipertensi - tekanan darah melebihi 130/90mmHg
Akan tetapi, harus diingatkan berapa bacaan tekanan darah rendah berbeza dari individu ke individu lain, bergantung kepada umur, jantina, dan simptom. Sekiranya seseorang mengalami simptom dan tanda-tanda hipotensi, tetapi tekanan darah beliau tidak bawah 90/60 mmHg, dia masih boleh dikatakan menghidap hipontensi.
Gejala-gejala yang anda alami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.