abunain_nong
3 tahun
Tekanan darah rendah. Tanda-tanda hipotensi
Saya berumur 34 tahun dan mempunyai hipertensi. Baru-baru ini tekenan darah saya ialah 118/58. Saya juga sering sakit kepala. Adakah bacaan tekanan darah ini normal.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, hipotensi atau turut dikenali sebagai tekanan darah rendah adalah masalah tekanan darah yang memberi bacaan kurang daripada 90/60. Dalam mengenal pasti bacaan tekanan darah rendah seseorang pesakit, terdapat dua bacaan yang ditiitkberatkan iaitu bacaan sistolik dan juga bacaan diastolik. Bacaan sistolik adalah bacaan tekanan darah pada salur arteri ketika jantung sedang mengecut, manakala bacaan diastolik adalah bacaan tekanan darah pada salur arteri ketika relaksasi jantung.
Tekanan darah rendah jarang memberi sebarang gejala. Walaubagaimanapun, jika ia teruk sehingga menyebabkan gejala, ia boleh menyebabkan gejala seperti pening kepala, loya atau mual, badan menjadi letih, pitam, jantung berdebar kencang, hilang keseimbangan, muka menjadi pucat serta kedinginan, sesak nafas dan penglihatan menjadi kabur. Jika anda mengalami antara gejala tersebut, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.