miradel.ar3
5 tahun
Kurang garam dalam badan
Saya nak tahu lebih lanjut tentang sakit kurang garam dalam badan.
Dalam masa yg sama, pesakit ada kolestrol. Umur pesakit 56 tahun.
Apakah pemakanan terbaik untuk pesakit tersebut?
Sekiranya pening dan kebas2 berlarutan hampir seminggu selepas didiagnos dan makan ubat yang doktor berikan, apakah tindakan yang perlu diambil?
Terima kasih, doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, penyakit kurang garam boleh menyebabkan tekanan darah rendah sehingga memberi gejala seperti:
- pening
- pitam
- kebas
- mual/loya
- letih/lesu
Pemakanan terbaik yang disarankan untuk anda adalah:
- makanan bergaram
- minum air yang mencukupi
Sekiranya gejala anda berlarutan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kemungkinan ubat yang diberikan tidak sesuai atau memerlukan dos yang berlainan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.