Sulit
3 tahun
Darah rendah dan paru-paru berair,asma
Saya ada asma dan lemah jantung, saya dah makan ubat covapril 4mg 2 biji.sekarang cek darah dah 126/70.kekadang 112/68 adakah ini membahayakan?sebab sebelum lemah jantung ini darah saya 138/80.terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, darah rendah adalah hipotensi dimana ketika bacaan tekanan darah rendah dari bacaan normal. Dalam konteks klinikal, bacaan tekanan yang normal adalah bawah 120/80 mmHg. Namun jika ia mencecah 90/60mmHg , keadaan ini boleh dikenali sebagai hipotensi. Secara amnya bacaan tekanan darah rendah, normal dan tinggi;
- Hipotensi - tekanan darah bawah 90/60mmHg
- Normal - tekanan darah bawah 120/80mmHg
- Hipertensi - tekanan darah melebihi 130/90mmHg
Namun harus diingatkan berapa bacaan tekanan darah rendah berbeza dari individu ke individu lain, bergantung kepada umur, jantina, dan simptom. Sekiranya seseorang mengalami simptom dan tanda-tanda hipotensi, tetapi tekanan darah beliau tidak bawah 90/60 mmHg, dia masih boleh dikatakan menghidap hipontensi.
Oleh itu, amat penting untuk pesakit berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat andaian sendiri berdasarkan bacaan yang diambil sendiri di rumah.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih