medina
5 tahun
Sering pitam dan pengsan
Hai doktor, saya sering pitam dan pengsan. Adakah ini disebabkan darah rendah?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kerap pitam dan pengsan biasanya disebabkan oleh beberapa perkara. Kebiasaannya ia berlaku sebagai tindak balas kepada pengurangan pembekalan darah kepada otak.
Ini berlaku apabila seseorang mempunyai masalah jantung seperti:
- degupan jantung yang tidak sekata
- kurang gula di dalam darah
- anaemia
- masalah urat saraf yang mengawal tekanan darah
- tekanan darah yang rendah
Dalam situasi anda, ia mungkin merupakan serangan vasovagal yang kerap kali berlaku pada golongan kanak-kanak dan dewasa. Ini berlaku apabila tekanan darah berkurangan, menyebabkan pengurangan oksigen ke otak dan seterusnya menyebabkan pengsan.
Selain itu, masalah pitam juga mungkin berlaku jika anda mempunyai tekanan emosi yang tinggi, gelisah, sakit, lapar atau penggunaan alkohol atau dadah. Dalam pada itu, jika anda adalah wanita, kehilangan darah ketika haid secara berlebihan juga akan menyebabkan anaemia, rasa pening dan pitam. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda perlu mendapatkan rundingan lanjut di link ini (DoctorOnCall).
5 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, keadaan anda boleh disebabkan oleh tekanan darah yang tidak normal. Tekanan darah yang normal adalah dalam lingkungan 120/80 mmHg.
Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang terlalu rendah ataupun yang terlampau tinggi, ia boleh menyebabkan anda berasa pening. Tekanan darah yang rendah selalunya disebabkan oleh anemia ( kekurangan darah sel merah) manakala tekanan darah yang tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai sebab terutamanya kadar kolesterol yang tinggi.
Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui keadaaan tekanan darah anda. Jika gejala ini berterusan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan doktor.