
Sulit
3 tahun
Darah bewarna coklat keluar selepas seminggu habis haid
Hai, saya perempuan berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Selepas seminggu saya datang haid (waktu subur), saya dapati ada darah berwarna merah yang melekit seperti keputihan dan jugak terdapat darah bewarna coklat dan sekarang sudah melebihi 3 hari. Kuantitinya tidak banyak cukup sekadar saya memakai pantiliner. Buat pengetahuan doktor kitaran haid saya normal iaitu 7 hari dan pada masa sekarang saya ada makan ubat antibiotik doxycycline. Ini merupakan kali pertama berlaku. Adakah darah tersebut merupakan darah haid yang tidak membolehkan saya solat dan puasa dan jugak adakah ia merbahaya? Atau adakah ini juga disebabkan ubat yang saya makan?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.