
Sulit
3 tahun
Gejala selepas vaksin
Kesukaran membuang air besar… Cirit birit… Lenguh dan sakit berdenyut di bahagian belakang badan… Sakit di bahagian perut dan pinggang ketika mengambil nafas dalam… Gejala2 yang saya alami selepas suntikan dos 1 dan sama jiga selepas suntikan dos 2… Tolong bantu jelaskan samaada saya perlu ke hospital…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan akibat vaksin. Antaranya adalah:
- Demam
2.Keletihan - Sakit otot
- Cirit-birit
- Sakit kepala
- Sakit disekitar tempat cucuk
Jika anda mengalami gejala selain daripada yang telah saya nyatakan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini