Sulit
4 tahun
Hand sanitizer selamat atau tidak
Hi Doctor, Saya nak tanya mengenai hand sanitizer punya kandungan. Boleh ke Doc beri pendapat selamat ke tidak penggunaan jika kandungan dalam botol tersebut terdapat bahan2 tersebut seperti :-
- Aqua
- Alcohol Denat
- Glycerin Arcylates/C30 Alkyl Acrylate CRROSSPOLYMER
- Parfum
- Benzalkonium Chloride
- Triethanolamine
- Tocopheryl Acetate
Harap dapat nasihat dan bantuan dari Doctor. Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sebarang cecair pembasmi kuman yang diiktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia adalah selamat. Maka, adalah amat penting untuk anda membeli cecair pembasmi kuman yang diiktiraf oleh pihak bertanggungjawab. Ia selamat digunakan kerana telah diperiksa kandungannya. Selain itu, setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza terhadap kandungan cecair pembasmi kuman. Antara reaksi ialah:
- kulit kering
- menggelupas
- gatal kerana alahan
Namun, reaksi ini amat jarang berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.