Sulit
4 tahun
Tekak tak selesa selepas bau hand sanitizer
Saya wanita 31 tahun, saya nak tanya adakah kes seseorang itu tak boleh bau hand sanitizer yang mempunyai alcohol? Sebab sy rasa, bila sy pakai hand sanitizer, dan terbau hand sanitizer itu, tekak sy jadi tak selesa, jadi kering. Ada ke kes macam tu doctor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- Tonsil/ adenoid membesar
- Kelenjar leher membesar
Masalah sebegini boleh sahaja berlaku kerana alahan kepada kandungan dalam sanitizer. Oleh itu, anda digalakkan untuk menghindari sanitizer dan mengunakan pencuci biasa.
Sekiranya ada merasakan gejala ini berlanjutan sehingga mengurangkan selera makan, hilang berat badan dan demam panas, sila dapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.