hamasvaran
4 tahun
Adakah Pemakaian face mask wajib dikhalayak ramai -covid19
Setahu saya doktor mengesyorkan pemakaian face mask oleh orang yang sakit seperti kalau pesakit ada batuk bersin dan tidak semestinya untuk orang yang sihat terutama mereka berada dikhalayak ramai. Face mask tersebut tidak boleh menghalang virus yang masuk daripada luar persekitaraan ke dalam mulut and hidung seseorang walaupun dia memakai face mask sedangkan saiz virus yang sangat kecil tidak boleh dilihat melalui mata kasar
Tapi saya tak faham kenapa setengah pasar atau kilang mewajibkan kesemua memakai face mask , adakah perbuatan ini betul ? Tak ada faedahnya jika orang sihat memakai dan jika kesemua orang pakai ini akan mejadikan kos face mask melambung tinggi, penguranagan stok face mask denagan mendadak dan justeru kesusahan untuk mendapatkan face mask untuk orang yang betul betul perlukannya seperti pesakit, doctor dan jururawat terutamanya yang memerangi covid19.
Jika seseorang sihat tidak memakai face mask , adakah polis mempunyai kuasa untuk menangkapnya?
Tolong beri penjelasan
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut KKM, sekiranya anda sihat tidak diwajibkan untuk memakai topeng. Namun untuk langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk memakai topeng ketika berada di luar.
Berkenaan dengan isu saman jika tidak memakai mask atau topeng muka, SOP berikut sebaiknya dirujuk di portal Majlis Keselamatan Negara.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.