Sulit
4 tahun
Melancong dalam negara semasa PKPP
Hai doktor, jika saya nak melancong dari wp labuan ke semenanjung malaysia bersama keluarga dalam tempoh 1 minggu…adakah kami perlu swab test @ kuarantin selepas bercuti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, prosedur ujian penapisan swab test serta arahan kuarantin ini adalah ditetapkan berdasarkan tahap risiko yang dilabelkan pada zon kawasan ketibaan penerbangan anda. Oleh itu, sekiranya WP labuan adalah hijau, maka anda tidak perlu melakukan ujian tapisan swab test dan tidak perlu dikuarantin setiba sahaja anda mendarat di lapangan terbangan semenanjung.
Namun, kami tidak galakkan anda untuk melancong atau keluar negeri tanpa urusan penting sepanjang musim landaan jangkitan COVID-19 yang berbahaya, sehinggalah perkara ini semakin surut. Jika perlu, kami nasihatkan anda agar untuk sentiasa memakai topeng muka, amalkan sanitasi yang kerap, serta menjaga jarak sosial sejauh 1 meter bagi bekerjasama untuk membanteras rantaian jangkitan COVID-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.