Sulit
2 tahun
Positive COVID pada 9/3/2022, test skali lagi pada 11/3/22 negative
Saya lelaki berumur 46 thn, selsema pada 8hb, 9/3/22 buat salvia test. Positive. Symptoms hanya selsema ringan
Pada 11/3/2022 buat salvia test sekali lagi, negative, apakah normal?? Sudah tiada apa2 symptoms pada 11/3/2022, tq doc
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, orang bertindak balas dan mempunyai simptom yang berbeza apabila mereka dijangkiti covid. Tidak pelik bahawa anda mempunyai simptom ringan. Sekiranya anda positif dengan simptom anda harus mengasingkan diri dan ikut garis panduan KKM.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19