Sulit
2 tahun
Bolehkah saya membuat covid test setiap hari?
saya dan adik saya ada contact rapat dgn adik beradik yg lain (2 org) dan parent saya, jadi bolehkah saya membuat covid test, setiap hari ( secara kendiri)? kerana semalam saya dan adik saya dah test and result negative ( semalam petang) tapi saya still ragu ragu kerana semalam (waktu malam selepas dapat result negative) parents saya suruh saya dan adik saya tinggal di rumah opah saya. jadi sebab itu saya jadi ragu ragu takut opah saya terkena juga.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian kendiri untuk COVID-19 memberikan keputusan yang cepat dan boleh dibawa ke mana-mana dan pada bila-bila masa, tanpa mengira status vaksinasi anda atau sama ada anda mempunyai simptom atau tidak. Setakat ini, tiada had untuk ujian kendiri Covid, Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk menguji diri anda sekali dalam dua hari.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.