Sulit
4 tahun
Kontak rapat pesakit convid
Suami saya kontak rapat pesakit positif convid di Singapura dan sekarang masih di Singapura. Apa patut dia lakukan supaya tidak dijangkiti memandangkan dia tidak dibenarkan kelukeluar dari hostwl pekerja?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, sebagai kontak rapat, suami anda dianasihatkan untuk kuarantin di rumah atau di tempat dimana suami anda berada. Selain itu, langkah-langkah berikut boleh diambil:
• Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
• Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
• Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
• Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
• Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
• Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
• Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
• Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
• Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
• Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.