Sulit
4 tahun
Swab test covid-19 untuk bayi
Hai doktor,sy ibu kpda bayi brusia 1tahun 3 bulan.berbahayakah swab test ke atas bayi?akankah ada kesan smpingan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pada biasanya ujian saringan Swab test terhadap bayi adalah selamat dan tidak perlu dibimbangkan. Namun, prosedure swab test ini mempunyai beberapa komplikasi yang umum untuk semua golongan usia iaitu:
- Pendarahan hidung
- Masalah hingus
- Sakit telinga atau ketidakselesaan pada telinga
- Sakit kepala
- Kecederaan pada ruangan hidung
- Ketidakselesaan hidung.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun, kesan sampingan ujian saringan swab test adalah jarang berlaku dan ia semua bergantung kepada cara pengendalian ujian tersebut oleh para frontliners. Oleh itu, sekiranya anak anda telah terdedah kepada pesakti COVID-19 atau tempat-tempat yang mempunyai kes positif, kami sarankan agar anda untuk membawa bayi anda untuk melakukan ujian tersebut sebagai pencegahan dan membanteras rantaian jangkitan COVID-19 yang kini menular di negara kita ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.