
Anonymous
5 tahun
Herpes genital kelamin
Sye kne msalah penykit herpes genital kelamin dh tige hari blm sembuh ubt apa untuk elok kn penyakit ini di famasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang ]masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, herpes tiada ubat yang boleh menyembuh. Akan tetapi, terdapat beberapa ubat yang boleh membantu mengurangkan perburukan dan mengurangkan gejala sakit, gatal dan demam. Sebaiknya anda mendapatkan rujukan doktor untuk memastikan diagnosis dan merawat anda dengan tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.