
zauyahaziz08
5 tahun
Hi doktor..adakah imbasan ct scan memberi kesan kepada mata
Saya wanita 50an.doktor hendak melakukan ct scan pd bahagian leher.
Saya tlh maklumkan pada doktor untuk melakukan ultrasound shaja… Saya bmbg andainye ct scan membawa effect kepada mata saya. Adakah ct scan ini memberi kesan kpd mata saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Imbasan CT pada umumnya tidak memberikan kesan keradangan terus kepada kulit atau organ kerana ia adalah sejenis imbasan X-ray juga walaupun pada dos yang lebih tinggi. Sekiranya imbasan dilakukan pada bahagian leher, ia tidak akan kene pada mata dan risiko pada mata adalah amat kecil. Sekian.