
Sulit
4 tahun
Innershine berry ada effect tak bila makan pil perancang yasmin
Hi doctor, Saya berumur 28 tahun,saya mempunyai seorang anak,skunk saya on pill perancang yasmin, saya nak tanya boleh tak saya makan suplemen lain macam innershine berry, ada effect tak untuk keberkesanan pill tu…thankyou

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat tiada bukti ataupun kajian mengenai interaksi ubat antara pil perancang yasmin dan juga makanan tambahan Innershine Berry yang diketahui hingga kini. Keberkesanan juga tidak akan dipengaruhi oleh makanan tambahan tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.