
jamilkhir
5 tahun
Kalau sakit tiroid memang perlu buat pembedahan buang kalenjar tiroid ke
Doktor, kalau sakit tiroid memang perlu buat pembedahan buang kalenjar tiroid ke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat banyak jenis sakit thyroid yang boleh mengakibatkan lebam di leher. Saya akan becakap mengenai hyperthyroidism (lebih hormone thyroid) kerana ia merupakan punca yang paling kerap.Terdapat 3 pilihan pengurusan untuk lebam leher, bukan hanya pembedahan.
Mereka adalah ubat antithyroid, radioisotope ablation (sinaran radiasi) dan pembedahan
Pilihan rawatan akan ditentui oleh doktor anda and ia bergantung kepada diagnosa, keadaan umum pesakit dan umur.
Tiga ubat utama yang digunakan ialah:
Carbimazole - ubat utama yang digunakan. Ia mengurangkan pengeluaran hormon tiroid.
Prophythiouracil - ubat utama yang digunakan semasa kehamilan kerana ia membawa risiko lebih sedikit kepada bayi. Ubat ini menghalang penukaran hormon tiroid untuk digunakan oleh badan .
3.Beta-blocker - ubat ini juga menghalang penukaran hormon tiroid untuk digunakan oleh badan.
Sinaran radiasi adalah penggunaan radio-iodin untuk memusnahkan tisu tiroid. Kesan sampingan ini adalah hypotiroidism dan ia boleh memberi peningkatan risiko kanser (jarang berlaku).
Terdapat 2 jenis utama pembedahan tiroid:
Sub-total thyrodectomy - ia melibatkan mengeluarkan sekitar 8g kelenjar tiroid. Ini dilakukan dengan harapan bahawa tisu tiroid yang ditinggalkan akan dapat memulihkan fungsi tiroid normal. Walau bagaimanapun, selalunya tisu ini tidak akan dapat memulihkan fungsi normal. Lebih-lebih lagi, terdapat kemungkinan lebih tinggi sakit thyroid berlaku lagi disebabkan tisu-tisu sisa ini. Oleh kerana sebab-sebab ini, pakar bedah tidak suka membuat pembedahan ini.
Total thyroidectomy - ia melibatkan membuang seluruh kelenjar tiroid.
Pembedahan kelenjar tiroid dilakukan untuk kosmetik, kanser, kegagalan ubat anti-tiroid dan pemampatan struktur berdekatan
Komplikasi yang mungkin berlaku semasa pembedahan termasuklah :
- Kecederaan kepada saraf sekitarnya. Terdapat 2 saraf penting berhampiran kelenjar tiroid; “superior laryngeal nerve” dan “recurrent laryngeal nerve”. Sebaik sahaja cedera, “superior laryngeal nerve” akan menghasilkan suara rendah/kasar dan “recurrent laryngeal nerve” akan menghasilkan suara serak.
- Pendarahan. Ini kerana tiroid adalah organ yang sangat vaskular, bermakna ia mempunyai banyak saluran darah.
- Pembentukan “hematoma” (pengumpulan darah di luar saluran darah) - pesakit akan mengalami sesak nafas. Ini berlaku kerana mampatan di sekitar leher.
Walau bagaimanapun, semua komplikasi ini boleh dielakkan atau dikurangkan melalui penyediaan yang betul sebelum pembedahan yang akan dilakukan oleh doktor anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.