Anonymous
5 tahun
Kesakitan belakang badan(back pain)
saya berumur 32 tahun.mengalami sakit belakang sejak akhir akhir ini.sakit berada di pinggang belakang sebelah kiri hinga ke tengah badan dekat dengan spine tulang belakang.saya suspect saya mengalami slip dics.mohon pencerahan doktor.saya bekerja sebagai maintenance technician sebuah organisasi swasta.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan sakit belakang adalah:
- Otot kejang
2 Radang sendi ( Ankylosing spondylitis) - Trauma/Kemalangan/Kecederaan
- Osteoartritis tulang belakang
- Slipped disc
- Spondylolisthesis
Untuk makluman anda, tidak boleh disimpulkan bahawa gejala ini adalah disebabkan slipped disc tanpa pemeriksaan yang teliti. Tuntasnya, anda adalah amat disarankan untuk mendapatkan ujian yang berkenaan untuk mendapatkan pengesahan mengenai masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai slipped disc dan sakit belakang badan, Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih