Rahim
5 tahun
Kurap di bahagian peha
Doctor, saye mengalami kurap di bahagian peha… guna krim tak berkesan di bahagian tersebut. Selain dari krim, ubat apa yang boleh menghilangkan penyakit ini? Dan penyakit ni mengambil masa berapa lama untuk sembuh?
5 tahun
Salam sejahtera.
Kurap atau ringworm merupakan salah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan dengan orang, haiwan dan juga objek yang tercemar dengan kulat. Orang yang menghidap kencing manis, mempunyai sistem pertahanan badan yang rendah, selalu berpeluh banyak atau memaki pakaian yang basah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kurap. Kurap biasanya membentuk plak kemerah-merahan yang dikelilingi oleh gegelang merah. Kurap boleh menyebabkan kegatalan. Kulit yang pecah kerana selalu digaru membawa risiko untuk menghidap jangkitan bakteria di bahagian kulit yang pecah.
Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit yang boleh menyebabkan bentuk yang mirip dengan kurap. Antaran penyakit kulit tersebut adalah seperti ekzema, psoriasis, urticaria dan sifilis. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk memastika bahawa penyakit kulit anda adalah kurap dan bukannya penyakit kulit yang lain kerana rawatannnya adalah berbeza. Ubatan antikulat atau antifungal digunakan untuk merawat kurap dan ia datang dalam bentuk krim, cecair atau ubat makan jenis tablet atau kapsul. Ubat sapu digunakan untuk kurap yang terhad keluasannya seperti di bahagian peha, kaki, perut dan belakang.
5 tahun
Hai dan selamat petang. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Gejala dan tanda-tanda penyakit kurap termasuklah ruam merah atau merah pada lipatan pangkal paha, gatal-gatal, sakit, dan kawasan tersebut berbau. Penyakit kurap adalah yang paling kerap berlaku pada orang dewasa dan juga atlet. Penyakit kurap adalah penyakit biasa dan tidaklah begitu serius. Ia boleh menghasilkan gatal yang sangat keterlaluan dan dikaitkan dengan ruam merah atau merah jambu yang melibatkan lipatan pangkal paha mahupun alat kelamin.
Walaupun penyakit kurap sering berlaku dalam kalangan orang yang sihat, pesakit yang mempunyai diabetes dan atau obesiti lebih mudah terdedah kepada jangkitan kurap. Penyebab yang mungkin menyebabkan jangkitan kurap seperti pemakaian dari seluar ketat atau pakaian yang mempunyai permukaan yang kasar, kelembapan berlebihan, berpeluh, menggosok kulit atau dengan gesekan, masalah alergi, jangkitan kulat, jangkitan Candida (yeast), dan jangkitan bakteria.
Rawatan jangkitan kurap yang berkaitan dengan jangkitan kulat kulat mungkin termasuk satu atau gabungan krim antikulat dan, jarang sekali pil antikulat juga boeh diberikan oleh doktor. Rawatan jangkitan kurap yang tidak disebabkan oleh kulat adalah dengan menjaga kebersihan pangkal paha yang betul, menjaga kawasan tersebut dengan bersih dan kering, dan basuh dengan sabun kemudian bilas tangan dengan air bersih terutamanya selepas berpeluh melakukan senaman."