Sulit
3 tahun
Lewat untuk suntikan depo
Saya wanita berkahwin dan telah lewat 16 hari untuk suntikan depo atas sebab-sebab tertentu. Bolehkah saya menyambung semula suntikan, dan bilakah waktu yang sesuai?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, suntikan Depo-Provera mula berfungsi sebagai alat perancang kehamilan sejurus selepas suntikan pertama sekiranya anda mendapatkannya dalam 5 hari pertama haid anda. Fungsi suntikan depo adalah:
- menghalang proses perkembangan telur dalam badan wanita sepanjang proses pengambilan suntikan ini
- suntikan perancang ini akan menyebabkan cecair di bahagian serviks dan faraj meningkat. Hal ini akan menyebabkan kesukaran untuk sperma menembusi cecair yang banyak ini untuk bersatu dengan ovum dan menyebabkan wanita mengandung
- menyebabkan kesukaran bagi ovum yang telah disenyawakan untuk melekat pada dinding rahim justeru dapat mengurangkan kebarangkalian wanita tersebut mengandung
Suntikan Depo adalah 99% berkesan untuk mencegah kehamilan jika anda mendapatkannya setiap 3 bulan, seperti yang diarahkan. Tetapi kerana itu tidak selalu mungkin, keberkesanan khas adalah sekitar 94%. Ini bermakna bagi setiap 100 wanita yang mendapat suntikan, kira-kira 6 akan mengalami kehamilan secara tidak sengaja.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.