Sulit
2 tahun
Pil perancang hilang sebiji
Salam. Saya megamalkan pil perancang jenis yasmin yang mempunyai 28 biji. Sebiji pil saya jatuh dah hilang, tinggal 2 biji sahaja lagi sebelum rehat 7 hari dari memakan pil. Soalan saya bolehkah saya cuma makan 27 pil sahaja dan terus rehat dari makan selama 7 hari sebab telah hilang 1 pil.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pil perancang adalah amat penting untuk diambil mengikut arahan daripada doktor. Anda perlu minum pil perancang tersebut pada waktu yang sama setiap hari dan secara berterusan. Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa sebiji pil anda telah jatuh dan hilang, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.