Sulit
3 tahun
Pil perancang yasmin diambil pada hari biasa
saya baru mengambil pil perancang yasmin pada hari biasa , setelah selesai period , sekarang pil yang ke 11 adakah sekiranya saya brsama dan suami trlepas didalam , adakah dapat mencegah kehamilan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang keberkesanan pil perancang. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman pihak puan, kebarangkalian puan untuk hamil semasa menggunakan pil perancang adalah 9%. Hal ini kerana pil perancang kehamilan mempunyai keberkesanan sebanyak 91%. Sebagai gambaran, 9 daripada 100 wanita boleh hamil walaupun menggunakan pil perancang kehamilan apabila melakukan seks tanpa perlindungan seperti kondom.
Anda boleh melakukan UPT untuk mendapatkan kepastian berkenaan kehamilan atau berbincang tentang perkara ini dengan doktor.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.