Sulit
2 tahun
Sakit kepala , muka berjerawat
Saya sudah mengambil cucuk perancang pertama selepas cucuk kami berhubungan seks adakan ia memboleh kan saya mengandung lagi atau ubat perancang tu tahan sehingga 3 bulan mksdnya kalau kami berhubung seks pun , saya tidak mengandung boleh terangkan tak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, Hormon sintetik yang diberikan secara suntikan bagi mencegah kehamilan.
Hormon ini berfungsi untuk:
- mencegah ovulasi
- menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
- menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin
Setiap suntikan berkesan untuk selama 12 minggu (3 bulan). Suntikan susulan harus diberi setiap 12 minggu untuk memastikan ia tetap berkesan. Suntikan ini berkesan untuk mencegah kehamilan selepas 7 hari mendapat suntikan. Kesan sampingan yang mungkin anda alami termasuklah:
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
- Berjerawat
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.