Sulit
2 tahun
Pil perancang dan folic acid
Bolehkah saya ambil pil perancang dan folic acid dalam masa yang sama? Bila perlu mula ambil 2 jenis ubat tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya akan cuba untuk menjelaskan situasi dengan baik.
Untuk makluman pihak puan, tiada apa yang akan terjadi apabilia puan mengambil pil perancang dan folic acid pada masa yang sama.
Pengambilan folic acid adalah penting untuk tujuan kehamilan, dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri. Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly (kepala bayi kecil atau tiada kepala). Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat pada masa yang sesuai. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan