Sulit
2 tahun
Noriday dan postinor
Saya berumur 27 tahun dan baru bersalin 45 hari. Saya telah mula mengambil pil noriday selama 4 hari. Saya telah bersama suami tanpa double protection dan suami mengeluarkan air mani ke dalam faraj. Adakah pil noriday telah mula berfungsi dan perlukah saya mengambil postinor untuk mencegah kehamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya anda perlu mengambil pil perancang postinor setelah menggunakkan pil noriday. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, pil Noriday adalah pil perancangan kehamilan dan perlu diambil selagi mana anda mahu menjarakkan kehamilan anda. Cara-cara pengambilan pil Noriday adalah seperti berikut:
- Pil Noriday perlu diambil setiap hari secara berterusan , termasuk semasa anda datangi haid. (Ini tidak seperti pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil) .
- Pil perlu ditelan dengan minuman. Mereka boleh diambil sama ada dengan atau tanpa makanan.
- Pil Noriday mesti diambil secara berterusan, pada masa yang sama setiap hari , bagi keberkesanan maksimum untuk mencegah kehamilan.
- Sekiranya anda lewat ambil pil ini lebih tiga jam , anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Sekiranya ini berlaku, anda harus menggunakan kaedah penghalang tambahan kontrasepsi, misalnya kondom, atau pil perancang kecemasan untuk dua hari akan datang, sambil terus mengambil pil seperti biasa.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.