Sulit
3 tahun
Kelebihan kekurangan perancang keluarga
Adakah suntikan depo masih tidak selamat digunakan bagi mereka yang merancang keluarga?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berkenaan tentang suntikan depo, untuk keberkesanan suntikan ini, cara pemberiannya haruslah tepat. Sekiranya anda menjalani suntikan selama 5 hari pertama waktu haid anda, anda akan segera dilindungi daripada hamil. Manakala, sekiranya anda menjalani suntikan pada hari lain kitaran haid anda samada semasa anda tidak melakukan hubungan seks selama dua minggu berturut-turut (menggunakan kondom 100% sepanjang masa) atau menjalani ujian kehamilan yang negatif, maka anda perlu menggunakan kontrasepsi tambahan, seperti kondom, selama 7 hari.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.