Sulit
2 tahun
Cara makan Pil perancang yang berbeza hari
Saya mula makan pil perancang 21 hari. Pil ini ada effect mengurang kan susu badan. Saya nak tukar ke pil perancang noriday 28 hari. Bila perlu saya start makan pil perancang itu dan bila waktu selamat untuk besama.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor rawatan anda tentang kesan sampingan yang anda alami supaya ubat yang bersesuaian boleh diambil. Pil perancang anda harus dimulakan pada hari ke-7 haid (21 Jun), walaupun pendarahan masih berlaku.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.