Sulit
3 tahun
Makan pil postinor2 terlbih makan…saya makan 2 pil 2 kali sebulan
Saya terlbih makan postinor 2 …saya ambil pil itu makan sebanyak 2 kli dlm sbln…skrg sya mngahdapi sakit perut …apa kaedah yang perlu saya lakukan…adakah saya perlu makan ubat paracitamol untul menahan sakit???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan mengambil Postinor adalah:
- Pening kepala
- Cirit-birit
- Pendarahan dari faraj yang banyak
- Tindak balas alahan kulit
- Sakit kepala
- Pening
- Mual
- Muntah
Kembali kepada soalan anda, anda boleh mengambil paracetamol kerana tiada interaksi ditemui antara paracetamol dan Postinor.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.