
Sulit
3 tahun
Masalah mental, sakit kepala
Bila saya stress, penat, saya rasa saya macam orang gila bila marah. Saya akan ketuk kepala saya sendiri untuk elak pukul anak saya. Saya menangis sepuas puasnya. Saya perlukan rawatan ke doc? Saya dah penat pendam sendiri. Orang nampak saya okay tapi saya tertekan dengan kehidupan saya. Saya tak ada tempat mengadu.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan puan yang mengalami masalah stres dan penat sehingga terpaksa memukul kepal sendiri disertai gejala sering menangis dan berasa tertekan dengan kehidupan anda.
Untuk makluman anda. gejala-gejala tersebut, merupakan salah satu dari gejala psikologi yang amat perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengancam keselamatn diri dan ahli keluarga (khsusnya anak anda) di masa akan datang.
Gejala-gejala yang anda nyatakan tersebut boleh menandakan bahawa anda sedang mengalami gangguan mental yang serius seperti
- gangguan kemurungan berat (severe depression)
- gangguan personaliti (personality dosorder)
Buat masa ini, anda perlu berterus terang dan berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi dan mencegah dari perkara-perkara yang tidak diingini. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk bantuan.
Ubat-ubatan bagi gangguan kesihatan mental pula lazimnya memerlukan preskripsi dari doktor
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh mengenal pasti tindakan yang terbaik untuk dilaksanakan selanjutnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.