
Anonymous
5 tahun
Masalah pedih dibahagian luka pembedahan buasir
Sya nak tanya doktor…abang sya ada masalah buasir tahap 4…selepas buat pembedahan di hospital swasta…buasir abang sya dah kembali pulih…tapi masalah lain pulak timbul…selepas 4 bulan pembedahan sakit di bahagian pembedahan tu masih ada…dia susah untuk diri atau duduk untuk jangka masa yg lama…dia terasa pedih di bahagian luka pembedahan itu…apa pendapat doktor tentang masalah abang Sya ini…tkasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh abang anda. Untuk makluman pihak anda kebiasaan setiap pesakit yang memlaui pembedehan memerlukan masa untuk sembuh dengan sepenuhnya.Malah jika tahap kesakitan tersebut menjadi tinggi ataupun terdapat gejala gejala seperti demam, bernanah di tempat pembedahan, muntah dan sebagainya anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.