
Sulit
4 tahun
Masalah rendah diri, rasa Diri tidak berguna dan tidak diperlukan
Saya merupakan seorang wanita berusia 28 tahun. Saya mempunyai masalah sentiasa merasakan diri tidak berguna, rasa tidak diperlukan, dan sentiasa berfikiran negatif. Kadang-kala saya merasakan seluruh ahli keluarga saya juga tidak menyukai saya walaupun tiada bukti akan itu. Saya juga sukar untuk mengawal perasaan saya sehingga mampu memukul dengan apa sahaja alatan yang ada di tangan saya kepada sesiapa yang melawan saya ataupun mengejek/ memperlekehkan saya walaupun orang tersebut hanya malas utk mendengar apa yang saya cuba sampaikan padanya, tangan saya akan bergerak pantas utk memukul kepalanya atau menamparnya. Dan perasaan saya di tempat kerja juga, saya merasakan orang sentiasa bercakap buruk tentang saya walaupun saya tidak pernah mendengar atau melihatnya. Hampir setiap hari Saya berdoa agar Tuhan tidak menemukan saya dengan mana-mana pasangan kerana saya merasakan saya hanya akan memusnahkan kehidupan pasangan saya kerana buruknya kelakuan yang saya ada. Adakah masalah saya ini boleh diubati atau perlukah saya dapatkan rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda terhadap kondisi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, anda menunjukkan tanda-tanda berkenaan dengan kesihatan mental. Walaupun begitu, anda perlu diperiksa dengan lebih lanjut untuk mendapatkan diagnosis yang tepat supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan kepada anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- OCD
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda perlu diperiksa oleh doktor.
Untuk menjawab persoalan anda, masalah anda boleh diubati dengan rawatan. Anda boleh berjumpa dengan doktor, pakar psikiatri ataupun ahli psikologi untuk kaunseling dan rawatan.
Jika anda mempunyai persoalan lanjut mengenai kondisi anda, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk membunuh atau menyakitkan diri anda, anda boleh klik pada link ini ataupun menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.