
hidayah.karim01
5 tahun
Masalah ubat neurobion bahaya ke tidak?
saya ingin bertanya.Saya baru sahaja membeli ubat neurobion di farmasi luar dan saya lupa bertanya berkaitan ubat tersebut.Ubat tersebut bolehkah diambil bagi orang yang ada penyakit semput?adakah ubat itu selamat untuk kesihatan?adakah ubat itu membahayakan?bolehkah terang lebih lanjut tentang ubat tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Neurobion adalah merupakan kombinasi beberapa jenis vitamin B iaitu vitamin B1, B6 dan B12. Ubat ini biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Sebagai suplemen
- Kelainan saraf pada pesakit diabetes, akibat alkohol dan pasca jangkitan influenza
- Cervical syndrome
- Low back pain
- Ischialgia yaitu sakit punggung
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- Alergi dengan gejala seperti timbul ruam kemerahan, sesak nafas, gatal-gatal dan sebagainya
- Masalah penghadaman
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih