
bonline160
2 tahun
Minuman green tea untuk orang gastrik
Saya wanita berusia 23 tahun dan mengalami gastrik. Banyak kebaikan dalam teh hijau(green tea) untuk tubuh badan. Saya ingin mengamalkan green tea cuma kurang pasti Cara yang betul.
bolehkan orang gastrik mengamalkan minuman teh hijau? . Contohnya yg berbentuk uncang dari jenama Teh Boh.
waktu bila paling sesuai untuk diminum untuk orang yang mempunyai gastrik seperti saya? ,Yang saya tahun minuman teh hijau tidak sesuai diminum pagi (perut kosong)
betul ke salah satu kebaikam teh hijau ini mencegah atau mengawal kanser dan membuang toksik dalam badan? Boleh doktor terangkan.
Terima kasih asas penjelasan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tiada masalah bagi pesakit gastrik untuk mengambil teh hijau
Sekiranya anda mempunyai masalah gastrik, sebaiknya elakkan mengambil minuman dengan perut kosong, dan jaga pemakanan anda
Teh hijau mempunyai pelbagai khasiat, namun kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengenal pasti khasiatnya terhadap tubuh badan manusia dan dos pengambilan yang sesuai. Namun begitu pengambilan teh hijau ini dalam kehidupan seharian adalah digalakkan namun haruslah secara beserdehana.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.