
Sulit
5 tahun
Muntah² selepas consume makanan/minuman
Hi Doktor, bapa saya mengalami muntah² apabila dia makan atau minum for few days. Dia juga earlier ada rasa bpanas² badan even dah mandi byk kali n duduk deoan kipas. Telah pergi ke klinik, tapi doktor ckp x ada apa². So bole tau xtak actually kenapa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara penyakit yang boleh menyebabkan gejala makan dan muntah yang ayah anda alami adalah:
- dispepsia
- gatroesophagal reflux disease (GERD)
- ulcer perut
- inflammatory bowel disease
- Kanser esofagus
Sebaiknya anda berubat ke doktor untuk emndapatkan ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.