Anonymous
5 tahun
Penggunaan seretide sewaktu berpuasa
Bolehkah saya menggunakan seretide accuhaler pada waktu tengah hari sewaktu berpuasa memandangkan ianya adalah dalam bentuk serbuk? Adakah akan batal puasa sekiranya saya berbuat demikian?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asma) atau penyakit paru-paru kronik akan membatalkan puasa. Anda digalakkan untuk membuat pengubahsuaian penggunaan alat sedutan tersebut selepas perbincangan dengan doktor anda kerana penggunaan ubat adalah penting untuk memastikan kesihatan anda juga.
Sekiranya anda mempunyai persoalan yang selanjutnya mengenai isu tersebut, , anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.