
nurzilaheryna
4 tahun
Pening kepala , mata kabur dan rasa nak pitam
Hi saya wanitaa berumur 21tahun , dan mempunyai seorang anak . Saya kerap pening kepala dan mata saya mulaa kabur dan rasa nak pitam . Jadi saya nak tanya doctor , kenapa ia berlaku ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pening kepala, mata kabur dan perasaan hendak pitam boleh disebabkan:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Tekanan darah rendah
- Masalah mata seperti rabun, glaukoma
- Kurang gula
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.