
Sulit
4 tahun
Pil perancang mempunyai kesan negatif?
saya mahu bertanya . apakah terdapat kesan buruk jika mengambil pil perancang terlalu lama. adalah benar jika mengambil pil perancang semasa berhubung dgn suami tidak akan mengandung atau masih terdpt peratus kemungkinan mengandung ? mohon doktor terangkan kerana saya baru sahaja berkahwin

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarag yang terbaik buat diri anda saat ini. Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan.
Selain daripada itu, terdapat beberapa jenis kaedah perancangan keluarga yang terdiri daripada
- pil perancang keluarga
- pil hormon progesterone only
- pil hormon progesterone & estrogen
- suntikan perancang keluarga
- suntikan hormon
- alat kontrasepsi fizikal jangka panjang
- IUCD
- Norplant
- alat kontrasepsi fizikal sementara
- kondom lelaki
- kondom wanita
- kaedah kontrasepsi kekal
- Vasectomy
- Bilateral Tube Ligation
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Tambahan lagi, setiap jenis pil perancang mempunyai kesan sampingan yang berbeza (bergantung pada individu), lazimnya termasuk:
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami perkara-perkara di atas, atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.