
Sulit
3 tahun
Pregnant test tapi 2line 1 line tidak jelas
Saya ada membuat pregnant test, dua line tapi 1 line tidak jelas, adakah saya hamil, dan saya baru habis bersalin secara cesaraan pada bulan march 2020, adakah stabil untuk saya jika saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda samar-samar kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat. Mengenai risiko kehamilan dengan jarak yang dekat, kondisi kesihatan anda perlu diketahui sepenuhnya sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih.